Pesta Makanan Antarabangsa IWCB

Pesta Makanan Antarabangsa IWCB

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Kelab Wanita Antarabangsa Brunei Darussalam (IWCB) telah mengadakan Pesta Makanan Antarabangsa yang telah dibukakan kepada orang ramai, baru-baru ini, bertempat di Aman Lounge, Royal Brunei Recreational Club (RBRC), Berakas.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Presiden IWCB, Ungku Datin Hajah Fanzah binti Haji Osman dan isteri Duta Besar Kemboja ke Negara Brunei Darussalam, Dyna Tan bagi merasmikan pesta berkenaan dengan memotong reben.

Pesta makanan yang berlangsung selama sehari tersebut telah dianjurkan oleh IWCB selaras dengan objektif kelab berkenaan untuk menggalakkan pembangunan aktiviti kebajikan dan kebudayaan serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli-ahlinya daripada kedua-dua masyarakat tempatan dan asing (expatriate).

Pesta Makanan Antarabangsa berkenaan memberikan peluang kepada ahli-ahli tempatan dan antarabangsa mempamerkan dan menjual pelbagai jenis makanan dari negara-negara yang berbeza kepada orang ramai.

Ungku Datin Hajah Fanzah bersama Dyna Tan ketika merasmikan Pesta Makanan Antarabangsa yang berlangsung di RBRC.
Ungku Datin Hajah Fanzah bersama Dyna Tan ketika merasmikan Pesta Makanan Antarabangsa yang berlangsung di RBRC.
Ungku Datin Hajah Fanzah dan juga Dyna Tan ketika melawat ke petak-petak jualan di pesta tersebut.
Ungku Datin Hajah Fanzah dan juga Dyna Tan ketika melawat ke petak-petak jualan di pesta tersebut.
Antara produk-produk makanan yang dijual di pesta itu.
Antara produk-produk makanan yang dijual di pesta itu.

IWCB juga berbesar hati dalam bekerjasama dengan RBRC dan juga The Collective kerana memberi peluang kepada usahawan muda tempatan dalam bidang pemakanan untuk mempamerkan dan menjual hasil ciptaan makanan mereka dan pada masa yang sama juga bagi menyumbangkan kepada badan amal sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka kepada masyarakat.

Kesemua hasil perolehan daripada Pesta Makanan Antarabangsa berkenaan akan digunakan bagi Acara Amal Sungkai Ramadan IWCB bagi anak-anak yatim dari Daerah Brunei Muara.

ARTIKEL YANG SAMA