Pesta Makanan Brunei 23 Mac ini

Pesta Makanan Brunei 23 Mac ini

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Orang ramai dan penggemar makanan Brunei sekali lagi berpeluang berkunjung ke Pesta Makanan Brunei 2016 yang akan diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada 23 hingga 29 Mac ini bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Pesta Makanan Brunei dengan tema ‘Cuti-Cuti Makan & Enjoy the Fun’ ini dianjurkan oleh Star Bugs Event Management, yang mana pesta ini mengenai makanan dan minuman dengan tujuan memberi peluang kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS) mempromosi produk mereka.

Selain itu, pihak penganjur juga mengalu-alukan penyertaan daripada vendor yang berbakat dalam bidang makanan untuk ikut serta dalam pesta ini dalam usaha mempromosi dan memperkenalkan produk mereka kepada para pengunjung pesta.

Dalam pada itu, pihak penganjur juga menyediakan acara cabutan bertuah kepada para pengunjung yang mana dengan perbelanjaan $30 ke atas akan berpeluang mendapatkan kupon percuma untuk peluang memenangi hadiah menarik di pesta itu nanti.

Di samping itu, pesta tersebut turut disertai oleh pembekal makanan, rangkaian makanan segera, pembekal aiskrim yang juga diselitkan dengan aktiviti demo memasak, menghias marshmallows dan banyak lagi.

Turut memeriahkan pesta itu nanti ialah kemunculan watak-watak superhero seperti Bumble Bee, Iron Man, Patriot, Storm Trooper dan Captain America.

Penggiat makanan yang berhajat untuk menyertai pesta ini boleh menghubungi talian 7155363 untuk keterangan lanjut dan orang ramai adalah dialu-alukan berkunjung ke pesta ini dalam memberi sokongan kepada PKS dan penggiat makanan di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA