Pesta Makanan & Gaya Hidup promosi produk jualan

Pesta Makanan & Gaya Hidup promosi produk jualan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Nov – Para pengusaha dan peniaga dialu-alukan untuk mempromosi produk jualan mereka dengan menyertai Pesta Makanan dan Gaya Hidup yang akan berlangsung selama dua hari pada 7 dan 8 November ini.

Pesta yang akan diadakan di Dewan Muhibah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara di Lapangan Terbang Lama, Berakas bermula jam 10 pagi hingga 9 malam itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Mukim Gadong dengan kerjasama @akaidasports dan @ameerahazzahra.

Sementara itu, bagi pengunjung yang datang ke pesta itu, mereka bukan sahaja berpeluang mendapatkan barangan pada harga yang menarik malahan memenangi hadiah-hadiah lumayan berupaya pergi-balik ke Singapura, Kuala Lumpur dan Ho Chi Minh, Vietnam dengan menyertai cabutan bertuah bagi setiap pembelian $20 ke atas.

Sehubungan itu,para pengusaha dan peniaga yang ingin mengetahui keterangan lanjut mengenai pesta ini boleh berhubung dengan Rudy di talian 8880474, Khairol (8115115) dan Yani (7179151).