Pesta Minggu Ibu dan Anak 3-5 Jun depan

Pesta Minggu Ibu dan Anak 3-5 Jun depan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 April – Dengan penyertaan jenama tempatan dan antarabangsa, Pesta Minggu Ibu dan Anak yang akan berlangsung pada 3 hingga 5 Jun depan, bakal mengetengahkan perkhidmatan dan produk berkaitan ibu mengandung, anak damit dan kanak-kanak di bawah satu bumbung.

Acara yang dianjurkan oleh Perusahaan Mantuka itu akan diadakan di Hotel Antarabangsa Rizqun.

Pengurus pesta berkenaan, Dayang Sabrina binti Sallehuddin turut mengalu-alukan perusahaan yang berminat untuk menyertai pesta yang julung-julung kalinya diadakan itu.

ARTIKEL YANG SAMA