Pesta mukun gegar Temburong

Pesta mukun gegar Temburong

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 27 Ogos – Pertandingan Pesta Mukun menggegarkan lagi Pentas Perayaan Daerah Temburong baru-baru ini apabila 10 kumpulan mukun berentap di Pentas Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar di daerah ini.

Kumpulan mukun yang disertai 20 peserta terdiri daripada dua kumpulan dari Daerah Brunei Muara, empat dari Daerah Temburong manakala turut dijemput memeriahkan pentas perayaan ialah tiga buah kumpulan dari Limbang, Sarawak dan satu kumpulan gabungan dari Daerah Temburong dan Limbang turut mengambil bahagian dalam pertandingan itu.

Kumpulan mukun gabungan Daerah Temburong dan Daerah Limbang, Sarawak disertai Dayang Nuneh binti Bidin dan Dayang Lumat binti Diris memenangi pertandingan sementara tempat kedua pula dimenangi oleh Dayang Aishah binti Gundah dan Dayang Roni binti Sulaiman dari kumpulan Limbang, Sarawak dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan dari Daerah Temburong diwakili oleh Awang Zainal bin Sayang dan Awang Samsul bin Bakar.

Yang Berhormat Haji Sulaiman bersama Pegawai Daerah Temburong turut menyaksikan persembahan itu.
Yang Berhormat Haji Sulaiman bersama Pegawai Daerah Temburong turut menyaksikan persembahan itu.
Gaya tarian mukun yang dipersembahkan.
Gaya tarian mukun yang dipersembahkan.

Pesta Bermukun ini adalah sebahagian daripada atur cara persembahan di Pentas Perayaan bagi menyatukan golongan veteran dan menyemai silaturahim sambil berhibur.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad.

Turut hadir menyaksikan Pesta Bermukun tersebut ialah Pegawai Daerah Temburong, Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah, penghulu-penghulu mukim, ketua kampung dan penduduk setempat.

ARTIKEL YANG SAMA