Pesta P3M, platform pemikiran kreatif

Pesta P3M, platform pemikiran kreatif

Oleh Mohammad Asyramisyanie

Gambar oleh S.R.Lumapas

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Sekolah Rendah Lumapas baru-baru ini telah mengadakan pesta hari berhibur P3M di sekolah berkenaan yang terletak di Mukim Lumapas.

Pesta P3M ini menampilkan kepelbagaian pakaian yang dipakai oleh pelajar-pelajar dengan karakter kegemaran masing-masing.

Pesta tersebut dimulakan dengan perasmian dengan memotong reben oleh guru besar sekolah tersebut dan diikuti dengan meninjau ke pondok-pondok yang dibuka oleh pelajar dengan kerjasama daripada para ibu bapa di majlis tersebut.

Objektif utama

Pesta P3M itu bertujuan untuk menanamkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan juga sekali gus menerapkan sikap minat pelajar di dalam bidang aktiviti sukan.

pgm3_160902_b

pgm3_160902_a

Suasana sekitar Aktiviti Pesta P3M di Sekolah Rendah Lumapas.
Suasana sekitar Aktiviti Pesta P3M di Sekolah Rendah Lumapas.

Pesta itu juga bertujuan untuk menggalakkan para pelajar supaya terus mengamalkan aktiviti membaca sebagai satu kaedah dan pendekatan di luar kelas.

Selain itu juga, pesta ini menjadi platform dalam membudayakan pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak yang mana generasi ini akan bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Selain itu juga, kanak-kanak terus didedahkan kepada kaedah membaca sambil berhibur dan kebanyakan aktiviti direka oleh guru-guru bahasa bagi menanamkan kemahiran membaca dan meningkatkan kefahaman para pelajar.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti permainan ejaan, roda impian. ‘Tongue Twister’, tembak sasaran, baling dan menang serta banyak lagi.

ARTIKEL YANG SAMA