Pesta Pancing dapat sambutan menggalakkan

Pesta Pancing dapat sambutan menggalakkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Dis – Pesta Jualan, Pesta Pancing dan Sukan Hari Keluarga Kampung Belimbing diteruskan hari ini dengan Pesta Pancing yang berlangsung di Taman Riadah Tasik Sarubing.

Pesta Pancing itu dirasmikan oleh Penghulu Mukim Kota Batu, Awang Naim bin Haji Khamis. Sambutan menggalakkan daripada orang ramai dan penduduk tempatan apabila seramai 86 orang menyertai pertandingan yang bermula jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi itu.

Pertandingan memancing dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Ikan Terberat, Ikan terbanyak dan Pemancing Mendapat Ikan Terpantas.

Kategori Ikan Terberat dimenangi oleh Dayang Noorizah, manakala Awang Zaini bin Jahad memenangi Kategori Ikan Terbanyak dan Pemancing Terpantas pula dimenangi oleh Awang Abdullah bin Damit yang mendapat ikan dalam masa 10 saat. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Awang Naim.

Pesta Pancing itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan kugiran Malas Mengundang dan peraduan mewarna bagi kanak-kanak dan warga emas berumur 50 tahun ke atas.   – Faridah Haji Ibrahim

Pesta Pancing Kampung Belimbing yang dirasmikan oleh Awang Naim.
Pesta Pancing Kampung Belimbing yang dirasmikan oleh Awang Naim.
Antara peserta yang menyertai Pertandingan Pesta Pancing Kampung Belimbing 2015.
Antara peserta yang menyertai Pertandingan Pesta Pancing Kampung Belimbing 2015.

ARTIKEL YANG SAMA