Pesta Pelancongan Brunei dilancar

Pesta Pelancongan Brunei dilancar

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Sept – Pesta Pelancongan Brunei yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan pelancongan, anjuran Sabre Travel Network (Brunei) Sdn Bhd yang berlangsung di Tingkat 7, Hotel Centrepoint, Gadong dilancarkan hari ini.

Hadir melancarkan pesta pelancongan itu ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Mustappa bin Haji Sirat.

Pengerusi Sabre Travel Network (Brunei), Karam Chand dalam ucapan alu-aluannya di majlis pelancaran itu, mengatakan, Pesta Pelancongan Brunei merupakan platform untuk mempromosikan dan mempamerkan produk serta perkhidmatan mereka dan rakan-rakan kongsi pelancongan seperti syarikat penerbangan, pejabat pelancongan, hotel dan ejen pelancongan.

Pesta pelancongan selama tiga hari itu juga memberikan kemudahan kepada penduduk negara ini yang ingin melancong, mendapatkan harga tiket-tiket, tempat penginapan, pakej pelancongan dan pelbagai lagi tawaran pelancongan lain dengan harga murah dan berpatutan.

Pengurus Am Sabre Travel Network, Irene Soon, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Mustappa, Karam Chand dan Pemangku Ketua Komersial dan Perancangan Sabre Travel Network, Awang Mohd Hanif Abdullah ketika melancarkan Pesta Pelancongan Brunei 2016.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Mustappa bersama Karam Chand ketika singgah ke petak pameran At-Taqwa.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Mustappa bersama Karam Chand ketika singgah ke petak pameran At-Taqwa.
Tetamu kehormat menyaksikan petak pameran Malaysia Tourism.
Tetamu kehormat menyaksikan petak pameran Malaysia Tourism.
Tetamu kehormat meninjau petak pameran Bank Baiduri.
Tetamu kehormat meninjau petak pameran Bank Baiduri.

Menurut Karam Chand, pada tahun lalu, seramai 13,800 orang mengunjungi pesta pelancongan itu dan beliau percaya, pada Pesta Pelancongan Brunei edisi ke-12 ini, pengunjung akan bertambah memandangkan tawaran harga tiket yang lebih murah ke destinasi-destinasi menarik di dunia.

Orang ramai yang membuat tempahan atau pembelian pada pameran berkenaan juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik yang menawarkan sebuah kereta, barangan elektrik dan banyak lagi, tambahnya.

Pelbagai promosi dan petak pameran yang terdapat di Pesta Pelancongan Brunei 2016.
Pelbagai promosi dan petak pameran yang terdapat di Pesta Pelancongan Brunei 2016.

pg04_160903_e

Orang ramai yang hadir menyaksikan promosi di Pesta Pelancongan Brunei 2016.
Orang ramai yang hadir menyaksikan promosi di Pesta Pelancongan Brunei 2016.

Antara yang mengambil bahagian dalam pesta itu ialah Jabatan Kemajuan Pelancongan Brunei, Bank Baiduri, Cityneon Brunei, Mixel Digital, Royal Brunei Catering, Tourism Authority of Thailand, Biro Pelancongan Taiwan, Kementerian Pelancongan Republik Indonesia, Bank Standard Chartered, Bank Islam Brunei Darussalam, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB), Malaysia Airlines, Singapore Airlines, dan Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia serta Lembaga Pelancongan Sarawak.

Turut serta ialah agensi-agensi pelancongan seperti Anthony Tours & Travel, Century Travel Centre, Darussalam Holdings, Freme Travel Services, Pan Bright Service, JJ Tour and Travel Service, Southern Cross Travel Agencies, Straits Central Agencies dan At-Taqwa Travel Tours.

ARTIKEL YANG SAMA