Pesta Pelancongan Freme kembali lagi

Pesta Pelancongan Freme kembali lagi

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Pesta Pelancongan Freme kembali lagi bagi siri ke-13 yang berlangsung selama dua hari, bermula hari ini, di Hotel Radisson dengan menawarkan pelbagai promosi untuk orang ramai.

Pesta ini juga mendapatkan sokongan beberapa buah syarikat lain antaranya Tourism Malaysia, Bank Baiduri, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) dan banyak lagi yang turut mempromosikan dan mempamerkan produk serta perkhidmatan mereka.

Sepanjang pesta berkenaan, para pengunjung yang membuat pembelian tiket penerbangan juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik bukan sahaja dalam cabutan harian malah cabutan utama yang berlangsung dari 28 April hingga 31 Oktober 2016.

Dalam cabutan utama itu, bagi setiap pembelian tiket penerbangan bernilai $500 ke atas, pelanggan berpeluang untuk memenangi pakej pelancongan untuk dua orang ke mana-mana destinasi di Eropah bagi tempoh tiga tahun mendatang.

Sambutan yang menggalakkan para pengunjung ke Pesta Perlancongan Freme.
Sambutan yang menggalakkan para pengunjung ke Pesta Perlancongan Freme.

Manakala itu, hadiah harian menawarkan tiket penerbangan ke Dubai, Melbourne dan banyak lagi, Samsung Galaxy Tab 4 7.1, pakej penginapan satu malam di Hotel Radisson termasuk sarapan pagi untuk dua orang serta 5,000 Royal Skies Mile sehari.

Pengarah Urusan Syarikat Pelancongan Freme, Micheal Lee ketika ditemu bual Media Permata berkata, pesta pelancongan ini bertujuan untuk menyediakan pelancongan bagi memenuhi pelbagai keperluan percutian di samping menawarkan berbagai-bagai tawaran hebat dan murah.

Menurut beliau, Pelancongan Freme mempunyai rekod mantap dalam menganjurkan pameran pelancongan yang berjaya dan terus dinanti-nantikan setiap tahun.

Pesta dua hari ini bukan sahaja mempromosikan tiket-tiket pada harga yang menarik, malam turut mengetengahkan Taman Pengembaraan Freme (Freme Adventure Park) di Daerah Temburong dan tempat penginapan Freme Rainforest Lodge.