Pesta Pelancongan tawar promosi hebat

Pesta Pelancongan tawar promosi hebat

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Abacus Distribution Systems (Brunei) Sdn Bhd sekali lagi akan mengadakan Pesta Pelancongan Percutian Abacus ke-12 pada 26 dan 27 September ini di Kelab Rekreasi Diraja Brunei (RBRC), Berakas.

Pesta selama dua hari itu akan menawarkan pelbagai promosi untuk orang ramai daripada rakan-rakan pelancongan Abacus Brunei seperti syarikat-syarikat penerbangan, pejabat pelancongan kebangsaan, hotel dan ejen pelancongan untuk mempromosikan dan mempamerkan produk serta per-khidmatan mereka.

Pada sidang media di RBRC, hari ini, Pengerusi Abacus Brunei, Dermot Mannion berkata, pameran ini bertujuan untuk menyediakan pelancong dengan kemudahan ‘kedai sehenti’ bagi me-menuhi pelbagai keperluan percutian di samping menawarkan berbagai-bagai tawaran hebat.

Menurut beliau, Abacus Brunei mem-punyai rekod mantap dalam menganjur-kan pameran pelancongan yang berjaya sejak tahun 2004 dan terus dinanti-nantikan setiap tahun.

Dengan sokongan rakan-rakan serta ejen pelancongan, tahun ini pameran berkenaan akan dapat melihat per-tumbuhan positif.

Di antara perwakilan syarikat-syarikat yang akan ikut serta dalam Pesta Pelancongan Percutian Abacus semasa di sidang media berkenaan.
Di antara perwakilan syarikat-syarikat yang akan ikut serta dalam Pesta Pelancongan Percutian Abacus semasa di sidang media berkenaan.

Antara lembaga pelancongan ke-bangsaan yang mengambil bahagian sepanjang pesta dua hari itu termasuk Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia, Biro Pelancongan Taiwan, Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand dan Kementerian Pelancongan Republik Indonesia.

Pameran turut disertai agensi-agensi pelancongan seperti Anthony Tours & Travel Agency, Century Travel Centre, Darussalam Holdings, Freme Travel Services, Pan Bright Travel Service, Southern Cross Travel Agencies dan JJ Tour and Service.

Semasa pesta itu, para pengunjung berpeluang mendapatkan tambang penerbangan, kadar-kadar hotel dan pakej-pakej yang menarik, pakej haji dan umrah, produk-produk pelancongan per-ubatan seperti pemeriksaan kesihatan dan insurans perjalanan.

Selain itu, para pengunjung yang membuat tempahan dan pembelian semasa pameran itu juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti satu set goPro HERO4 dan empat set powerbank.

Abacus Brunei juga memberikan hadiah eksklusif kepada 120 pelanggan pertama yang membeli tiket di pesta berkenaan.

Sempena Pesta Pelancongan berkenaan, Malaysia Tourism juga me-nyediakan pelbagai promosi produk yang sangat menarik.

Sementara itu, pelanggan yang membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu menaiki pesawat Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB), menggunakan kad kredit dan debit Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) akan layak menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi pakej percutian ke Kuala Lumpur termasuk tiket penerbangan, tempat penginapan dan pengangkutan tajaan RB, Tourism Malaysia dan BIBD.