Pesta Pengguna ASEAN bermula

Pesta Pengguna ASEAN bermula

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Pesta Pengguna ASEAN 2015 membuka tirainya, hari ini, untuk kunjungan orang ramai sehingga 14 Jun, dengan mengetengahkan pelbagai produk dan perkhidmatan daripada 200 peserta negara anggota ASEAN serta negara-negara luar seperti China dan Iran.

Perasmian pesta pengguna yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas itu telah disempurnakan oleh Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

Pengarah Eksekutif D’Sunlit, Dato Paduka Haji Danial bin Haji Hanafiah dalam ucapan alu-aluannya berkata, pesta pengguna itu berjaya menarik penyertaan daripada para peserta dalam dan luar negara termasuk daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang terus meningkat.

Beliau berharap lebih banyak PKS tempatan akan mengambil peluang untuk menyertai pesta pengguna itu bagi mengetengahkan produk-produk mereka bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi juga pasaran antarabangsa.

Yang Berhormat Pehin Haji Yahya merasmikan Pesta Pengguna ASEAN 2015.
Yang Berhormat Pehin Haji Yahya merasmikan Pesta Pengguna ASEAN 2015.
Yang Berhormat Pehin bersama para tetamu lain yang hadir di majlis perasmian Pesta Pengguna ASEAN 2015, kelmarin.
Yang Berhormat Pehin bersama para tetamu lain yang hadir di majlis perasmian Pesta Pengguna ASEAN 2015, kelmarin.
Yang Berhormat Pehin ketika mengunjungi salah sebuah petak pameran di pesta itu.
Yang Berhormat Pehin ketika mengunjungi salah sebuah petak pameran di pesta itu.

Pesta selama lima hari itu dibukakan untuk kunjungan orang ramai bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam kecuali pada Jumaat yang mana ia dibuka daripada pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung pukul 2 petang hingga 10 malam.

Bagi para pengunjung ke pesta pengguna itu, perkhidmatan bas percuma turut disediakan bagi membawa pengunjung dari kawasan letak kereta di Stadium Negara Hassanal Bolkiah ke Pusat Persidangan Antarabangsa.

ARTIKEL YANG SAMA