Pesta Pengguna ke-18 25 Mei ini

Pesta Pengguna ke-18 25 Mei ini

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mei – Pesta Pengguna ke-18 anjuran D’Sunlit Sdn Bhd akan diadakan pada 25 hingga 29 Mei ini di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas yang akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan.

Sehubungan itu, D’Sunlit Sdn Bhd selaku penganjur pesta berkenaan telah menandatangani perjanjian dengan 10 rakan penganjur dan aktiviti rasmi pada majlis yang berlangsung di Dewan Serba guna, Pejabat D’ Sunlit, petang tadi.

Menandatangani bagi pihak D’Sunlit Sdn Bhd ialah Pengarah Urusan D’Sunlit Sdn Bhd, Jackson Ting yang diiringi oleh Pengarah Eksekutif D’Sunlit, Dato Paduka Haji Denial bin Haji Hanafiah sebagai saksi.

Manakala itu, seramai 10 orang wakil menandatangani bagi syarikat dan jabatan masing-masing bagi mengendalikan sama ada aktiviti, liputan, keselamatan, penggambaran dan bantuan kepada para pengunjung semasa pesta dijalankan.

Pesta Pengguna kali ini juga akan mengetengahkan pesta makanan, makanan manis dan berperisa yang mungkin dalam bentuk makanan ringan, minuman atau pencuci mulut. Selain itu, pelbagai pilihan makanan tempatan dan juga antarabangsa yang boleh diterokai.

Wakil Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd menandatangani perjanjian bagi aktiviti semasa Pesta Pengguna ke-18 nanti.
Wakil Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd menandatangani perjanjian bagi aktiviti semasa Pesta Pengguna ke-18 nanti.
Sesi bergambar ramai bersama para rakan penganjur dan aktivti rasmi.
Sesi bergambar ramai bersama para rakan penganjur dan aktivti rasmi.

Bake Culture turut menjemput Chien Hsiao Chia yang merupakan penerima anugerah pembuat roti 2012 (juara pertandingan American Cheese Bread) dan mempunyai 15 tahun pengalaman dalam pembuatan roti, untuk berkongsi kemahiran dan teknik membuat roti dengan orang Brunei pada pesta itu nanti.

Cef dari Taiwan juga dijemput untuk menjalankan demonstrasi membuat roti untuk orang ramai mempelajarinya.

Pendaftaran bagi kelas membuat roti oleh Chien Hsiao Chia kini dibuka dan borang boleh diperolehi dan dihantar di Pejabat D’Sunlit atau Bake Culture, di samping itu, pendaftaran juga boleh dibuat secara online dengan melayari laman sesawang www.bruneiconsumerfair.com.

Yuran pendaftaran adalah sebanyak $55 dan mereka yang mendaftar awal akan diberikan potongan harga 18 peratus kepada hanya $45 sebelum 14 Mei ini.

Pengunjung juga boleh menyertai cabaran dekorasi ais krim dan peraduan memasak anjuran Kingston Beverage and Creamery Sdn Bhd &  Hers Kitchen.

Bagi menambah pengalaman menarik pengunjung, Wonder Theme Sdn Bhd akan mengadakan Treasure Hunt Maze untuk orang ramai.

Tidak juga lupa, Kedutaan Thailand akan mempersembahkan kesenian budaya di kawasan pentas dewan plenari dan Go Hero pula akan mempamerkan pondok bergambar bagi pengunjung yang ingin bergambar bersama maskot-maskot kegemaran mereka.

Tambahan lagi, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) juga akan menganjurkan kempen derma darah kepada orang ramai pada 26 Mei dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

Pesta Pengguna ke-18 yang turut disokong oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelanconganini akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam kecuali Jumaat yang akan ditutup sementara dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang bagi solat Jumaat.

Orang ramai yang ingin menyertai Pesta Pengguna ke-18 boleh menghubungi D’Sunlit Sdn Bhd di talian 2453666 atau melayari www.bruneiconsumerfair.com.

ARTIKEL YANG SAMA