Pesta Pengguna ke-18 tampilkan 4 cef terkenal

Pesta Pengguna ke-18 tampilkan 4 cef terkenal

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Empat cef pemenang anugerah dari Malaysia akan berada di Brunei Darussalam bagi membuat pertunjukan seni masakan di hadapan orang ramai semasa Pesta Pengguna ke-18 pada 25 hingga 29 Mei ini.

Cef-cef berkenaan ialah Cef Chain Thiaan Fhuang, yang merupakan pemenang pingat emas dalam International Golden Chef Cooking Competition 2013 dan pakar dalam seni makanan manis.

Menurut kenyataan yang diterima, pada pesta pengguna yang akan diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas itu, beliau akan membuat demonstrasi seni penggunaan gula dan pertunjukan masakan gaya moden, iaitu gastronomi molekular yang sangat teknikal. Selain daripada itu, Cef Chain juga pakar dalam ukiran buah.

Seterusnya ialah Cef Chan Ki Hong yang pada masa ini merupakan guru masakan dalam rancangan Living Delight di NTV7 dan juga guru masakan dalam Good Morning Tai Tai iaitu rancangan rampai pagi harian Bahasa Cina pertama di Malaysia.

Beliau akan menghasilkan bebola bijan gergasi dan ayam berbau teh untuk menarik perhatian orang ramai.

Cef Chain Thiaan Fhuang pakar dalam ukiran buah.
Cef Chain Thiaan Fhuang pakar dalam ukiran buah.
Cef Chan Ki Hong guru masakan dalam rancangan Living Delight di NTV7.
Cef Chan Ki Hong guru masakan dalam rancangan Living Delight di NTV7.

Pada usia yang muda, Cef Chan telah memenangi Anugerah Gangsa dalam Cabaran Cef Muda Memasak Kulinari Cina Antarabangsa dan banyak lagi dengan pengalaman luas dalam pelbagai jenis masakan termasuk masakan Jepun, Barat, Asia, Fusion dan Cina.

Manakala itu, Cef Nelson Kien Seon Khor yang merupakan Konsultan Pembangunan Restoran bagi Cef Eksekutif Kumpulan, Semiwa Grill & Bar and Naughty Nuri pula akan mengetengahkan makanan Barat dalam demonstrasinya.

Antara hidangan yang akan diperkenalkan oleh cef-cef terkenal itu nanti.
Antara hidangan yang akan diperkenalkan oleh cef-cef terkenal itu nanti.

Beliau akan mengajar orang ramai bagaimana memasak makanan Barat terbaik di rumah dengan kemahiran dan teknik sofistikated. Menu-menu yang akan diperkenalkan sepanjang lima hari itu ialah Salisdarn Steak, Smoked Drumsticks Ham, Salmon Cold Pasta dan beberapa lagi.

Seorang lagi ialah Cef Lee Kok Khoon yang mengkhusus dalam masakan Cina, Dim Sum, akan menyediakan Squid Ink Xiao Long Bao dan Roti Cendawan bagi demonstrasinya.

Xiao Long Bao adalah sejenis ‘sup dumpling’ yang terkenal di seluruh dunia dan sukar ditemui di Brunei kerana teknik pembuatannya yang sangat rumit.

Makanan halal akan diketengahkan sepanjang acara berkenaan pada masa yang berbeza setiap hari dan pelanggan bertuah akan berpeluang untuk menikmati makanan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA