Pesta Penggun...

Pesta Pengguna temui biskita 18 Januari ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jan – Pesta Pengguna (CF) ke-19 bakal kembali pada 18 hingga 22 Januari depan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas dengan pelbagai promosi dan tawaran eksklusif untuk para pengunjung.

Pesta dua kali setahun ini meraikan tahun baru dengan tema ‘The Year is Yours: What Will You Do With It?’ menurut kenyataan yang dikeluarkan D’Sunlit Sdn Bhd selaku penganjur pesta yang dinanti-nantikan ramai berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, mengetengahkan pelbagai produk daripada lebih 40 petak yang disertai oleh vendor-vendor tempatan dan antarabangsa, CF 19 membawakan pelbagai bentuk keseronokan dan hiburan untuk orang ramai daripada membeli-belah, aktiviti-aktiviti, permainan dan cabaran-cabaran.

Antara peserta pesta kali ini adalah Better Sdn Bhd yang akan terus melancarkan tawaran-tawaran hebat mereka sepanjang acara lima hari berkenaan.

Selaras dengan reputasi memberi nilai untuk wang dan tawaran-tawaran fleksibel, Better Sdn Bhd akan menyediakan tawaran eksklusif semasa acara itu nanti.

Gambar fail – Demo masakan yang diadakan ketika Pesta Pengguna sebelum ini.
Gambar fail – Demo masakan yang diadakan ketika Pesta Pengguna sebelum ini.
Gambar fail – Antara tarikan pada Pesta Pengguna sebelum ini.
Gambar fail – Antara tarikan pada Pesta Pengguna sebelum ini.

Pengunjung juga berpeluang mendapatkan tawaran hebat menerusi promosi ‘Car of the Day’ bagi pelbagai jenis kereta yang ditawarkan syarikat berkenaan semasa acara itu sahaja.

Mereka yang berminat boleh mengunjungi petak Better Sdn Bhd di kawasan Zon Biru yang dipindah ke kawasan letak kereta di Bangunan Barat ICC. Pengunjung juga boleh menguji pandu mana-mana kereta pilihan mereka.

Menurut kenyataan itu, CF 19 akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam sepanjang acara berlangsung kecuali pada Jumaat yang akan ditutup dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang.

Bas ulang-alik akan disediakan di kawasan Stadium Tertutup ke ICC bagi kemudahan pengunjung dan peserta pesta.

ARTIKEL YANG SAMA