Pesta Rakit Klasik meriah

15 tahunKUALA BELAIT, 13 Ogos 2007 – Lebih 50 pasukan yang mewakili Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad, Syarikat Brunei LNG, Syarikat Kontraktor BSP dan BLNG, syarikat swasta dan jabatan kerajaan di daerah ini telah menyertai Pesta Rakit Klasik yang diadakan di Sungai Belait.

Pesta Rakit Klasik ini mencabar para peserta dalam menggunakan kepandaian dan kemahiran mekanikal membina rakit serta mengemudinya. Pesta itu dianjurkan oleh Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-61, peringkat Daerah Belait.

Yang lebih menarik lagi dalam acara ini adalah pasukan yang mengambil bahagian telah membina rakit daripada bermacam-macam-macam benda termasuk botol kosong, tong minyak, buluh dan kayu balak.

Pertandingan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu rakit yang menggunakan kuasa pedal, rakit menggunakan pengayuh, rakit menggunakan pengayuh dan angin, rakit paling inovatif, rakit ‘Gempar’ yang menjadi kegemaran, pasukan paling bergaya dan banyak lagi.

Selain acara rakit itu, para pengunjung juga dihiburkan dengan pelbagai acara sampingan seperti gelongsor air dan peraduan mencari barangan tersembunyi, yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.