Pesta ria sempena Hari Bumi

Pesta ria sempena Hari Bumi

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam hari ini mengadakan Pesta Ria Hari Bumi di Taman Jubli Perak, di ibu negara dengan pelbagai aktiviti bagi memeriahkannya.

Pesta bertujuan menyokong pendidikan alam sekitar mengenai bumi diserikan dengan jualan makanan, barangan terpakai, kraf tangan hasil pelajar pusat, permainan Hari Bumi, mewarna dan Kem Fun Boot. Ia juga dihasratkan dapat menambah dana pusat itu bagi membantu melancarkan program dan keperluan pelajarnya.

Pesta ria itu juga dimeriahkan dengan senamrobik memanaskan badan disertai 50 orang dan dipimpin oleh Awang Helmi Abdullah.

Antara yang menyertai salah satu aktiviti Pesta Ria Hari Bumi.
Antara yang menyertai salah satu aktiviti Pesta Ria Hari Bumi.
Pengunjung tidak melepaskan peluang memberi sokongan kepada pusat berkenaan.
Pengunjung tidak melepaskan peluang memberi sokongan kepada pusat berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA