Pesta Seni dan Makanan Korea meriah

Pesta Seni dan Makanan Korea meriah

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Ogos – Pesta Seni dan Makanan Korea anjuran Pusat Membeli-belah Times Square yang berlangsung selama lima hari bermula 1 Ogos hingga 5 Ogos berakhir semalam dengan majlis penutup dan cabutan hadiah bertuah.

Pesta anjuran bersama Duta Besar Korea, DM Gallery, Korea Argo Fisheries and Food Trade Corp, Kementerian Agrimakanan dan Hal Ehwal Pedalaman Korea, berakhir dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk aktiviti memasak yang dipersembahkan oleh Choi Yoon-mifrom dari Korea, dan diikuti dengan pertandingan makan dan pertandingan meneka ramuan makanan.

Tiga peserta memenangi pusingan awal pertandingan berkenaan. Tempat pertama dimenangi oleh Brandon Chin bagi kategori pertandingan makan, dan Sawaz Ali memenangi kategori meneka ramuan makanan.

Kedua-dua pemenang membawa pulang hadiah baucar $50 sumbangan restoran Korea yang menyertai acara berkenaan.

Tiga pemenang pertandingan makan menerima hadiah di majlis penutup yang berlangsung di Pusat Membeli-belah Times Square.
Tiga pemenang pertandingan makan menerima hadiah di majlis penutup yang berlangsung di Pusat Membeli-belah Times Square.
Pemenang pertama cabutan bertuah menerima hadiah di majlis itu.
Pemenang pertama cabutan bertuah menerima hadiah di majlis itu.

Majlis penutup semalam juga dimeriahkan dengan cabutan hadiah bertuah dan majlis penyampaian hadiah.

Thien Yih En membawa pulang hadiah cabutan bertuah berupa baucar $200 dari Skinfood, manakala Nur Mohd Syafiee, Adanani, Nurfaizah, Kim DH, Rowena Estanislao membawa pulang hadiah bertuah berupa sebuah microwave sumbangan daripada Duta Besar Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA