Pesta Songkran ‘lebih sopan’

Pesta Songkran ‘lebih sopan’

BANGKOK, 13 April (AFP) – Pesta air tahun baru Thailand, Pesta Songkran bermula hari ini ketika pihak berkuasa bersiap sedia untuk membersihkan pesta itu dengan bebas alkohol, penari separuh bogel dan ‘ketidaksopanan’ lain.

Pesta tiga hari itu lazimnya diraikan dengan memberi penghormatan kepada yang lebih tua dan menziarahi kuil merenjis air ke atas patung Buddha.

Tetapi hari-hari cuti itu, yang mengambil tempat pada kemuncak musim kering di Thailand, juga dikenali sebagai salah satu ‘perang air’ terbesar di dunia, dengan orang ramai orang ‘berperang’ di jalan raya dan menyimbah air ke arah orang yang melintas.

Mereka yang berpesta tahun ini bukan saja bersiap sedia bagi simbahan air mendadak yang boleh datang dari mana-mana arah, tetapi juga ancaman dari pihak berkuasa akan memberkas wanita berpakaian separuh bogel dan menegah alkohol dari hiruk pikuk di jalan raya dalam usaha untuk mengembalikan festival kepada asal usul tradisionalnya.

“Adalah juga penting kita mengekalkan warisan budaya kita menerusi kegiatan tradisional asli…” ketua tentera negara itu, Prayut Chan-O-Cha berkata dalam ucapan mingguannya yang disiarkan di televisyen, sebelum minggu percutian itu.

ARTIKEL YANG SAMA