Pesta Sukan berakhir

Pesta Sukan berakhir

Oleh Imeda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jan – Pesta Sukan 2015 yang berlangsung selama 10 hari bermula 26 Disember lalu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah telah berakhir dengan jayanya semalam.

Acara yang melibatkan 40 penyertaan itu diakhiri dengan penyampaian sijil kepada semua peserta yang disempurnakan oleh Presiden Persekutuan Petanque Brunei Darussalam.

Majlis penutup juga diakhiri dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa TV LED 32” Panasonic.

Pesta anjuran Persekutuan Petanque Brunei Darussalam ini bertujuan untuk mendedahkan mengenai sukan Pentanque kepada orang ramai terutama para belia serta meningkatkan kemahiran mereka dalam sukan berkenaan.

Presiden Persekutuan Petanque menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta.
Presiden Persekutuan Petanque menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta.

ARTIKEL YANG SAMA