Pesta Sungai 2016 dapat sambutan menggalakkan

Pesta Sungai 2016 dapat sambutan menggalakkan

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 1 Ogos – Sekali lagi Tebingan Sungai Temburong dibanjiri ratusan penduduk di daerah ini bagi menyaksikan Pesta Sungai 2016 yang berlangsung dengan meriahnya di perairan sungai, di sini, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat dan melepaskan para pelumba ialah Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Amir Hairil bin Haji Mahmud yang seterusnya menyampaikan hadiah kemenangan kepada para peserta yang berjaya.Juga hadir menyaksikan pesta berkenaan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad.

Sebanyak tiga acara lumba perahu dipertandingkan yang dibahagikan kepada beberapa kategori, iaitu Lumba Perahu Power Boat ‘Racing’, Lumba Perahu ‘Fibreglass’ Tempatan dan Lumba Perahu ‘Bidar’.

Suasana perlumbaan Pesta Sungai 2016 yang berlangsung di perairan Sungai Temburong.
Suasana perlumbaan Pesta Sungai 2016 yang berlangsung di perairan Sungai Temburong.

Pesta sungai tersebut adalah bersempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 tahun bagi Daerah Temburong.

Acara tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan para pelumba perahu bot laju dari dalam dan luar daerah.

Selain untuk menyemarakkan suasana sambutan perayaan pada tahun ini, pesta juga antara lain bertujuan untuk memperkaya produk dalam Kalendar Pelancongan daerah ini.

ARTIKEL YANG SAMA