PeSTAB adakan Majlis Doa Kesyukuran

PeSTAB adakan Majlis Doa Kesyukuran

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Dis – Seramai 50 orang ahli-ahli Penggiat Seni Tanah Air Brunei (PeSTAB) menghadiri Majlis Doa Kesyukuran bagi menghargai usaha dan sumbangan ahli-ahlinya dalam menjayakan Anugerah PeSTAB yang berlangsung di Restaurant Aneka Rasa, Kiulap, baru-baru ini.

Hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi Tetap PeSTAB, Awang Serudin bin Awang Damit. Juga hadir Penasihat 1 PeSTAB, Pengiran Hajah Maskuin binti Pengiran Haji Mohammad dan Timbalan Pengerusi PeSTAB, Haji Daud bin Haji Matarsat.

Acara tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa kesyukuran, diikuti dengan ucapan daripada Pengiran Hajah Maskuin dan diselajurkan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada semua ahli-ahli PeSTAB yang terlibat dalam menjayakan Anugerah PeSTAB 2015.

Majlis turut diserikan dengan menyaksikan video Anugerah PeSTAB 2015 dan persembahan nyanyian daripada ahli-ahli persatuan tersebut.

Bergambar ramai bersama Pengerusi PeSTAB, Ahli Jawatankuasa Tertinggi PeSTAB dan Penerima Sijil Penghargaan di Majlis Doa Kesyukuran Anugerah PeSTAB 2015.
Bergambar ramai bersama Pengerusi PeSTAB, Ahli Jawatankuasa Tertinggi PeSTAB dan Penerima Sijil Penghargaan di Majlis Doa Kesyukuran Anugerah PeSTAB 2015.

ARTIKEL YANG SAMA