PeSTAB anjur sambutan Maulidur Rasul

PeSTAB anjur sambutan Maulidur Rasul

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Persatuan Penggiat Seni Tanah Air (PeSTAB) turut tidak ketinggalan menyemarakkan Maulidur Rasul 1437 Hijrah dengan mengadakan majlis sambutan yang berlangsung di Surau Persekutuan Pengakap, Kampung Beribi, Gadong.

Kira-kira 60 orang telah menghadiri majlis tersebut termasuk Pengerusi Tetap PeSTAB, Awang Seruddin bin Awg Damit, Penasihat I PeSTAB, Pengiran Hajah Maskuin binti Pengiran Haji Mohammad, Penasihat II PeSTAB, Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Pengerusi I PeSTAB, Haji Daud bin Haji Matarsat, ahli-ahli PeSTAB, para pendikir dan jemaah surau.

Majlis dimulakan dengan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah sebelum diserikan dengan ceramah yang disampaikan oleh Awang Shohbuddin bin Lemang dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Majlis diikuti dengan sembahyang Fardhu Isyak berjemaah dan diteruskan dengan Dikir Maulud.

Antara yang hadir pada sambutan Maulidur Rasul 1437H yang diadakan di Surau Persekutuan Pengakap, Kampung Beribi.
Antara yang hadir pada sambutan Maulidur Rasul 1437H yang diadakan di Surau Persekutuan Pengakap, Kampung Beribi.

ARTIKEL YANG SAMA