PeSTAB hulur sumbangan

PeSTAB hulur sumbangan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Seramai 30 orang anak yatim dan orang kurang berkemampuan diraikan dalam majlis Tahlil, bersungkai dan penyampaian derma hari ini dari Penggiat Seni Tanah Air Brunei (PeSTAB) yang merupakan salah satu aktiviti keagamaan dan kebajikan PeSTAB.

Penyampaian sumbangan derma yang berlangsung di Dewan Digadong Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman. Majlis diserikan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Mejar (Bersara) Awang Harlip bin Haji Besar dan persembahan nasyid dari kumpulan PeSTAB.

Majlis tersebut bertujuan membuat amal jariah seterusnya meraih ganjaran di bulan yang mulia serta membantu anak-anak yatim dan orang kurang berkemampuan supaya dapat merasakan kegembiraan di bulan suci dan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Di samping itu, majlis ini dapat dijadikan wadah dalam mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan warga PeSTAB untuk mewujudkan suasana harmoni.

Turut hadir di majlis itu, Persatuan Asterwani, Persatuan 3P, Persatuan Putraseni, Kelab Khidmat dan Qasidah Pusat Belia (KHIDMAT).

Datin Paduka Hajah Adina bergambar ramai bersama anak-anak yatim dan orang kurang berkemampuan yang diraikan. – Gambar oleh Aziz Idris
Datin Paduka Hajah Adina bergambar ramai bersama anak-anak yatim dan orang kurang berkemampuan yang diraikan. – Gambar oleh Aziz Idris

Jpeg

ARTIKEL YANG SAMA