PeSTAB sambut Aidilfitri bersama anak yatim

PeSTAB sambut Aidilfitri bersama anak yatim

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Faridah Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Seramai 25 orang anak yatim yang berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan ahli keluarga Penggiat Seni Tanah Air Brunei (PeSTAB), hari ini, menerima sumbangan di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PeSTAB bersama Anak-Anak Yatim yang berlangsung di Dewan Pusat Pembangunan Belia, Kampung Tanah Jambu, Jalan Muara, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Pengerusi Tetap PeSTAB dalam ucapannya menyatakan bahawa setiap usaha yang dilaksanakannya itu adalah dalam kesedaran dan keprihatinan keluarga PeSTAB disokong dengan semangat keharmonian dan kasih sayang antara sesama insan.

“Adalah diharapkan agar usaha-usaha dalam membantu memperbaiki kehidupan anak-anak yatim untuk diteruskan malah dipertingkatkan lagi di masa akan datang.

Tetamu kehormat majlis dan warga AJK PeSTAB bergambar ramai bersama anak-anak yatim.
Tetamu kehormat majlis dan warga AJK PeSTAB bergambar ramai bersama anak-anak yatim.

“Pertolongan sedemikian secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat dan menghapus jurang perbezaan di antara individu yang berkemampuan dengan yang sebaliknya,” jelasnya.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan oleh ahli-ahli sambil menikmati hidangan sambil beramah mesra sesama keluarga PeSTAB.

ARTIKEL YANG SAMA