PESTABARU adakan majlis kesyukuran

PESTABARU adakan majlis kesyukuran

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Persatuan Sepak Takraw Brunei Darussalam (PESTABARU) baru-baru ini mengadakan majlis tahlil dan doa kesyukuran sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak di Restoran Tati’s di Jalan Pengiran Babu Raja.

Hadir ke majlis berkenaan ialah Presiden PESTABARU, Pengiran Haji Ali Hassan bin DSLJ Pengiran Haji Abbas serta jawatankuasa tinggi PESTABARU.

Suasana di majlis itu baru-baru ini.
Suasana di majlis itu baru-baru ini.

Menurut Pengiran Haji Ali Hassan, majlis berkenaan diadakan khas bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan Al-mubarak di samping merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kejayaan tiga acara anjuran PESTABARU bersama pihak sektor kerajaan dan swasta baru-baru ini.

Beliau turut menyeru supaya semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak akan terus memberikan sokongan padu di samping melaksanakan segala perancangan bagi penganjuran yang berjaya dan bermanfaat di masa akan datang.

Mewakili seluruh warga PESTABARU presidennya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadan kepada seluruh warga negara ini dan khususnya kepada semua warga sukan negara.

“Saya berharap para pengurus dan jurulatih akan terus memantau perkembangan dan kebajikan semua pemain dalam latihan di sepanjang bulan Ramadan ini terutama bagi penyertaan skuad negara di kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA), Super Series, Piala Raja Thai dan Pantai Takraw Antarabangsa,” tegasnya lagi.