PESTABARU adakan Majlis Kesyukuran

PESTABARU adakan Majlis Kesyukuran

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Persatuan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam (PESTABARU) akan mengadakan Majlis Kesyukuran Sempena 45 Tahun Penubuhan PESTABARU di Restoran Tati’s, Simpang 158, Jalan Pengiran Babu Raja pada 1 September 2015 bermula jam 7.30 malam.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden PESTABARU, Pengiran Haji Ali Hassan bin Pengiran DSLJ Haji Abad berkata, pasukan kebangsaan mula menyertai Sukan Asia Tenggara (SEA) 1977 di Kuala Lumpur dan Sukan Asia di Beijing pada 1990.

Dalam kemunculan di Sukan Asia di Bangkok pada 1998, pasukan beregu negara berjaya meraih pingat gangsa dan kejayaan itu juga diulangi pada Sukan SEA Negara Brunei Darussalam pada 1999 dan di Sukan SEA Singapura pada 2015.

ARTIKEL YANG SAMA