PESTABARU anjur Kejohanan Sepak Takraw Regu Kebangsaan

PESTABARU anjur Kejohanan Sepak Takraw Regu Kebangsaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Nov – Persatuan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam (PESTABARU) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) akan menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Regu Kebangsaan sempena Hari Belia Kebangsaan 2015 bagi belia berusia 21 tahun pada 8 Januari 2016.

Presiden PESTABARU, Pengiran Haji Ali Hassan bin Pengiran DSLJ Haji Abas berkata borang untuk memohon menyertai kejohanan yang akan bermula jam 8 pagi itu boleh didapati mulai sekarang dan tarikh tutup permohonan adalah pada jam 4 petang 28 Disember 2015. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata penyertaan bagi setiap satu regu dikenakan bayaran $15 dan satu mesyuarat pengurus-pengurus pasukan akan diadakan pada 7 Januari 2016 bermula jam 2.30 petang di Ibu Pejabat PESTABARU.

Borang-borang penyertaan boleh diperoleh daripada Haji Mohd Noor bin Haji Hamid melalui talian 8633368, Haji Zaman bin Haji Samad (8825580) dan Haji Abu Bakar bin Kassim (8820464).

ARTIKEL YANG SAMA