PESTABARU anjur sambutan Hari Raya

PESTABARU anjur sambutan Hari Raya

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri masih lagi dirasakan walaupun semakin hampir ke penghujungnya, dengan pelbagai pihak mengadakan rumah-rumah terbuka dan sambutan Hari Raya bagi sama-sama berkongsi kegembiraan setelah sebulan berpuasa.

Dalam pada itu, PESTABARU juga tidak ketinggalan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan Majlis Doa Selamat yang berlangsung di Restoran Tatis, Jalan Babu Raja hari ini.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dibacakan oleh Awang Mohammad Isa bin Haji Marsidi.

Gambar ramai ahli PESTABARU pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Restoran Tatis, Jalan Babu Raja, kelmarin.
Gambar ramai ahli PESTABARU pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Restoran Tatis, Jalan Babu Raja, kelmarin.

Turut hadir ialah Presiden PESTABARU, Pengiran Haji Ali Hassan bin Pengiran DSLJ Haji Abas dan wakil pengarah urusan NBT (B) Sdn Bhd serta tetamu yang lain.

Semasa berucap pada majlis itu, Pengiran Haji Ali Hassan merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak NBT kerana sentiasa memberi sokongan dalam kejohanan yang pernah dianjurkan oleh PESTABARU.

ARTIKEL YANG SAMA