PESTABARU terima sumbangan baju-T

PESTABARU terima sumbangan baju-T

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Persatuan Sepak Takraw Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (PESTABARU), hari ini menerima sumbangan berupa baju kemeja -T daripada Istylo Network Marketing yang berlangsung di Pejabat PSTABARU di Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Hadir menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan berkenaan adalah Pengurus Pemasaran Istylo Network Marketing, Haji Yusof bin Ahmad serta rakan Istylo di Brunei Darussalam, Mohammad Isa Haji Marsidi dan diterima oleh Presiden PESTABARU, Pengiran Haji Ali Hassan bin Pengiran Dato Seri Laila Jasa Haji Abas.

Menurut kenyataan PESTA-BARU, sumbangan kemeja T yang diterima daripada pihak Istylo Network Marketing itu tepat pada waktunya, di mana ia akan digunakan nanti oleh ahli jawatankuasa tadbir tertinggi PESTABARU pada kejohanan-kejohanan yang bakal berlangsung pada masa akan datang.

Terdahulu dalam ucapan Presiden PESTABARU pada majlis tersebut menyatakan harapan supaya PESTABARU akan kukuh dan mempertingkatkan lagi perjuangan sukan Sepak takraw serta pembangunannya di negara ini.

Penyerahan sumbangan Kemeja-T kepada PESTABARU.
Penyerahan sumbangan Kemeja-T kepada PESTABARU.

“Kita perlu sepakat dan beriltizam dengan berbekalan semangat berpasukan yang berkualiti lagi mantap demi sukan sepak takraw di negara ini supaya ia terus membangun dan berkembang terutama dalam kalangan belia dan generasi muda,” ujarnya lagi.

Sementara itu pada masa yang sama Pihak Istylo kini dalam perundingan bersama PESTABARU bagi sumbangan jersi pasukan kebangsaan semasa Kejohanan Piala Raja Thai (King Cup) pada bulan Oktober 2016 nanti.

Sementara itu Pengurus Pasukan Kebangsaan, Mohd Isa bin Haji Marsidi ketika ditemui hari ini menegaskan mana-mana badan sukan atau kebajikan akan sentiasa mengalu-alukan sumbangan daripada pihak swasta untuk kegiatan mereka dan menjadi wadah mengurangkan sandaran berterusan kepada pihak kerajaan sahaja dalam menyediakan keperluan asas seperti pakaian.

ARTIKEL YANG SAMA