Pesuruhjaya Australia lawat Temburong

Pesuruhjaya Australia lawat Temburong

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Todd Mercer, hari ini, telah mengadakan lawatan ke Daerah Temburong.

Terdahulu, TYT Todd Mercer telah membuat kunjungan rasmi kepada Pegawai Daerah Temburong, Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah, di mana Tuan Yang Terutama turut mendengar penerangan mengenai perkembangan dan kemajuan daerah berkenaan termasuk projek Satu Kampung Satu Produk (1K1P).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Daerah Temburong, kunjungan Tuan Yang Terutama diiringi oleh Pegawai Perdagangan di Pejabat Kedutaan Australia di negara ini, Jossie Abdullah.

Selepas kunjungan berkenaan, Tuan Yang Terutama telah dibawa melawat ke Rumah Panjang Kampung Tanjung Bungar, di mana beliau melihat lebih dekat tunjuk cara pembuatan tenunan dan kraf tangan tenunan masyarakat Iban di rumah panjang berkenaan.

Kemudian, lawatan diteruskan ke Kampung Batu Apoi di mana Tuan Yang Terutama menyaksikan tunjuk cara pemprosesan Ambulong.

Tuan Yang Terutama Todd Mercer ketika mengadakan lawatan ke Rumah Panjang Kampung Tanjung Bungar.
Tuan Yang Terutama Todd Mercer ketika mengadakan lawatan ke Rumah Panjang Kampung Tanjung Bungar.
Tuan Yang Terutama turut menyaksikan cara-cara pemprosesan Ambulong di Kampung Batu Apoi, Temburong.
Tuan Yang Terutama turut menyaksikan cara-cara pemprosesan Ambulong di Kampung Batu Apoi, Temburong.

ARTIKEL YANG SAMA