Pesuruhjaya P...

Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd ​​Shah Al-Islam, hari ini, telah dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang (Distinguished Service Order) oleh Presiden Republik Singapura, Dr Tony Tan Keng Yam di Istana Negara.

Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy dianugerahkan DSO bagi mengiktiraf peranannya dalam mengukuhkan hubungan dua hala yang kukuh antara Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dan Pasukan Polis Singapura.

Semasa majlis penganugerahan tersebut, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy juga membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan Menteri Kedua di Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan, Desmond Lee dan Pesuruhjaya Polis (CP) Dato Paduka Seri Hoong Wee Teck.

Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy ketika menerima anugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang.
Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy ketika menerima anugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang.

ARTIKEL YANG SAMA