Pesuruhjaya Polis terima kunjungan Duta Besar Kemboja

Pesuruhjaya Polis terima kunjungan Duta Besar Kemboja

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam, semalam, telah menerima kunjungan perpisahan daripada Duta Besar Kemboja ke Brunei Darussalam, Chhay Sokhan yang akan menamatkan perkhidmatannya selama lima tahun di negara ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, dalam pertemuan di Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei, Tungku Gadong itu, Chhay Sokhan telah berkongsi pengalamannya yang tidak dapat dilupakan ketika berada di negara ini.

Beliau menyatakan rasa terima kasih atas pengalamannya di sini dan meluahkan penghargaan tinggi kepada Pasukan Polis Diraja Brunei atas persahabatan mesra mereka, yang digambarkannya sebagai ‘harta yang tidak diduga’.

Di samping itu, beliau juga menekankan mengenai sumbangan-sumbangan berharga yang dibuat oleh Pasukan Polis Diraja Brunei dalam memastikan keselamatan berterusan komuniti Kemboja di negara ini.

Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy ketika menerima kunjungan daripada Chhay Sokhan.
Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy ketika menerima kunjungan daripada Chhay Sokhan.

Dalam kesempatan itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada pasukan berkenaan atas standard tinggi kepolisian dalam memastikan keselamatan dan sekuriti rakyat di Brunei Darussalam.

Manakala itu, Pesuruhjaya Polis turut mengucapkan tahniah kepada Chhay Sokhan atas perkhidmatannya yang telah berjaya meningkatkan hubungan di antara kedua-dua buah negara.

Turut hadir pada kunjungan perpisahan itu ialah pemangku pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan pemangku timbalan pengarah Perisikan Jenayah.

ARTIKEL YANG SAMA