Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh meriahkan Syawal

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh meriahkan Syawal

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Fizah HAB

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdul Hye menghoskan majlis rumah terbuka sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015M.

Majlis yang berlangsung di kediamannya di Kampung Sungai Hanching itu dihadiri para diplomatik antaranya terdiri daripada duta-duta besar serta pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi di negara ini serta jemputan lain.

Kemeriahan dirasakan lagi dengan hadirnya ramai perwakilan pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta yang turut dijemput sama oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Brunei Darussalam itu.

Majlis berkenaan merupakan acara tahunan anjuran Pesuruhjaya Tinggi dan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh ke Brunei Darussalam bagi menyemarakkan lagi suasana Hari Raya dan sekali gus menjadi platform hubungan erat antara suruhanjaya tinggi itu dengan diplomatik lain di negara ini.

Turut sama mengalu-alukan hadirin di majlis itu ialah isteri Tuan Yang Terutama.

Tuan Yang Terutama Mohammed Abdu Hye bersama isterinya ketika melayani jemputan ke rumah terbukanya.
Tuan Yang Terutama Mohammed Abdu Hye bersama isterinya ketika melayani jemputan ke rumah terbukanya.