Pesuruhjaya Tinggi PBB bidas pemikir anti-Islam

Pesuruhjaya Tinggi PBB bidas pemikir anti-Islam

THE HAGUE, 6 Sept – Ketua Hak Asasi Kemanusiaan PBB hari ini melancarkan bidasan keras ke atas ahli politik populis seperti Donald Trump dan pemimpin berhaluan kanan Belanda Geert Wilders, dengan menggesa bagi tindakan untuk menghentikan ‘pencipta fantasi politik’.

Bercakap di The Hague, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Kemanusiaan Zeid Ra’ad Al Hussein berkata dia adalah seorang Islam yang berperanan “untuk mempertahankan dan mengembangkan hak kemanusiaan pada setiap individu dan di mana-mana sahaja.”

Bulan lalu, Parti Wilders, Kebebasan (PVV) melancarkan asas kempennya sebelum pilihan raya bulan Mac depan dengan ikrar akan ‘menutup masjid, sekolah agama dan mengharamkan Al-Quran’ jika dia dilantik.

PVV berikrar akan mengubah “Islamisasi” Belanda dengan menegah pendatang negara Islam dan menegah wanita Islam memakai tudung.

Zeid membidas cadangan PVV itu dan berkata Wilders mempunyai persamaan dengan calon presiden Republikan Trump dan Viktor Orban. – AFP