Peta tidak dedah maklumat sensitif – ASIO

Peta tidak dedah maklumat sensitif – ASIO

SYDNEY, 25 Jun (AFP) – Agensi pengintipan domestik Australia (ASIO) hari ini mengetepikan kebimbangan bahawa peta-peta ditunjukkan dalam taklimat media yang mendedahkan sumber para pejuang di negara sendiri yang pergi ke Timur Tengah adalah sulit, selepas kebimbangan penerbitannya merupakan pelanggaran kawalan keselamatan.

Peta-peta itu, yang mendedahkan pinggir bandar Sydney dan Melbourne tempat asal pejuang yang hendak menyertai para pejuang jihad, telah dirakam gambar oleh para wartawan ketika pertemuan semalam antara Perdana Menteri, Tony Abbott dan ketua pengintip, Duncan Lewis. Parti pembangkang Buruh cuba membuat usul dalam parlimen hari ini yang menyelar Abbott dan kerajaan Australia.

“Dewan menyelar perdana menteri dan kerajaan kerana mengutamakan politik dari keselamatan rakyat Australia dengan mendedahkan maklumat sensitif Pertubuhan Perisikan Keselamatan Australia demi memenuhi kehendak media,” menurut usul itu, yang telah gagal. Bagaimanapun ASIO mengatakan peta-peta itu bukan sulit.

“Pengarah keselamatan (Lewis) mengesahkan dokumen-dokumen yang digunakan dalam taklimat itu bukanlah diletakkan dalam pengelasan keselamatan negara,” pertubuhan pengintip itu berkata dalam satu kenyataan mengenai taklimat d ibu pejabat ASIO di Canberra.

“Dokumen-dokumen itu dengan teliti disunting dan bukan sulit. Kandungan dokumen tidak menjejaskan keselamatan negara.”

Kenyataan itu bercanggah dengan ulasan awal ASIO kepada Perbadanan Penyiaran Australia(ABC) apabila dilaporkan mengatakan peta-peta itu adalah ‘bagi kegunaan pejabat sahaja’ selepas taklimat media terbuka.

ABC berkata ia juga diberitahu bahawa ASIO akan ‘menghargai jika kamu tidak mengeluarkan’ dokumen-dokumen. Bagaimanapun ABC dan media lain telah mengeluarkan gambar-gambar dan rakaman video taklimat itu, termasuklah peta-peta.

ARTIKEL YANG SAMA