Peta tiga dimensi bintang galaksi akan dilancar

Peta tiga dimensi bintang galaksi akan dilancar

PARIS, 14 Sept – Agensi Angkasa Lepas Eropah hari ini akan mendedahkan peta tiga dimensi terhadap bintang galaksi kita yang berjumlah satu bilion, iaitu 1,000 kali lebih lengkap dari apa yang ada hari ini.

Pengkaji di angkasa lepas yang dipanggil Gaia, dilancarkan pada Disember 2013 telah mengelilingi Matahari 1.5 juta kilometer (hampir sejuta batu) di luar orbit Bumi dan mengambil gambar Milky Way secara terperinci. Kamera bilion piksel satelit, yang terbesar di angkasa lepas, berkuasa tinggi dan mampu mengukur rambut manusia pada jarak 1,000 kilometer, bermakna ia boleh mengesan bintang-bintang berhampiran dengan ketepatan yang tidak diperolehi sebelum ini.

Dalam tempoh separuh jalan dalam misi lima tahunnya, dua teleskop Gaia telah mengesan sebilion bintang. Itu masih satu peratus penduduk bintang Milky Way yang dianggarkan, berselerak di kawasan 100,000 tahun cahaya dalam diameter.

“Dalam tempoh beberapa dekad, kami berusaha mengkatalogkan kandungan bintang,” dia memberitahu AFP.

“Tetapi tidak pernah kami capai apa-apa yang begitu lengkap dan tepat. itu adalah pelaksanaan besar.”

Data pertama “membuka lembaran baru dalam astronomi,” tambahnya, dan yakin akan menjana ratusan kajian saintifik. Peta-peta Gaia meletakkan bintang-bintang Milky Way dalam beberapa cara.

Bukan saja ia mengenal pasti lokasinya, kajian itu – dengan mengimbas setiap binatang kira-kira 70 kali dan boleh memplot pergerakan bintang-bintang. Inilah yang membolehkan para ahli sains untuk menghitung jarak antara Bumi dan setiap bintang dalam bentuk sukatan yang tepat dan getir, jelas Mignard. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA