Petani cipta katil rawat batu karang

Petani cipta katil rawat batu karang

CHINA – Menyaksikan isterinya melalui proses membuang batu karang di dalam buah pinggang yang menyeksakan, seorang petani di Wilayah Jiangxi, China, telah mencipta sebuah katil pintar yang boleh diterbalikkan dan digegarkan untuk membantu mengeluarkan batu karang.

Zhu Qinghua, merupakan seorang petani yang berusia 52 tahun sudah lama memikirkan pelbagai cara untuk membantu isterinya sejak tahun 1993, ketika buah pinggang kirinya dibuang kerana kegagalan buah pinggang, dan batu karang telah didapati pada sebelah kanan buah pinggangnya.

Para doktor telah memberitahu mereka bahawa pembedahan untuk mengeluarkan batu karang itu terlalu bahaya bagi seseorang yang hanya mempunyai sebelah buah pinggang sahaja, jadi isterinya dinasihatkan untuk membuangnya secara semula jadi sebelum ia menjadi terlalu besar.

Zhu berkata inspirasinya terdetik pada tahun 1997, apabila para doktor memberikan nasihat kepada isterinya untuk berdiri dengan kaki di atas selama beberapa minit setiap hari, bagi membantu mengeluarkan batu karang buah pinggangnya. Sejak itu Zhu mula berusaha menghasilkan katil rawatan batu karang buah pinggang.

Beliau mengambil masa sebulan melukis pelan bagi ciptaannya, dan 1,000 yuan (AS$145) menghasilkannya dengan menggunakan bahan-bahan di sekitar rumahnya. Ia direka untuk berputar 360 darjah dan memastikan penggunanya terbalik, sementara menggunakan gegaran yang dicipta daripada roda sebuah traktor untuk mengeluarkan batu karang.

Zhu berjaya mendapatkan paten bagi katil rawatan batu karang ciptaannya itu pada tahun 2014.
Zhu berjaya mendapatkan paten bagi katil rawatan batu karang ciptaannya itu pada tahun 2014.
Zhu Qinghua berkata isterinya hanya memerlukan masa 10 minit berada di atas katil selama lima hari untuk mengeluarkan batu karang daripada buah pinggangnya tanpa sebarang kesakitan.
Zhu Qinghua berkata isterinya hanya memerlukan masa 10 minit berada di atas katil selama lima hari untuk mengeluarkan batu karang daripada buah pinggangnya tanpa sebarang kesakitan.

Zhu berkata isterinya hanya memerlukan masa 10 minit berada di atas katil selama lima hari untuk mengeluarkan batu karang daripada buah pinggangnya tanpa sebarang kesakitan.

Berita mengenai kehebatan katil ciptaan Zhu telah tersebar luas di kampungnya dengan begitu cepat, dan tidak lama selepas itu orang ramai mula meminta beliau menjual katil tersebut atau mencipta katil yang baru untuk mereka. Beliau terpaksa menolak kesemua permintaan, kerana beliau tidak mempunyai lesen untuk menjual kelengkapan perubatan, tetapi telah menawarkan orang ramai menggunakannya dengan percuma.

Menurut satu laporan media China, sekurang-kurangnya tiga orang penduduk kampung berkata bahawa katil Zhu telah membantu mereka mengeluarkan batu karang dengan mudah.

Petani itu berjaya mendapatkan paten bagi katil pembuang batu karang ciptaannya itu pada tahun 2014 dan berharap untuk menghasilkan lebih banyak lagi, dengan tujuan untuk meningkatkan kehidupan mereka yang bergelut dengan masalah kesakitan batu karang buah pinggang.

ARTIKEL YANG SAMA