Petani diberkas bunuh tiga gajah

Petani diberkas bunuh tiga gajah

BANGKOK, 16 Julai – Seorang petani Thai diberkas hari ini selepas beliau mengaku memasang pagar berkuasa elektrik yang membunuh tiga ekor gajah berhampiran dengan taman negara, menurut polis.

Tiga pakiderma berkenaan – seekor jantan dan dua betina – ditemui mati pada semalam berhampiran sebuah kolam di luar Taman Negara Kaeng Krachan di wilayah Prachuap Khiri Khan.

Polis pada awalnya berpendapat haiwan terbabit mati kerana racun setelah memakan tanaman yang di sembur racun perosak tetapi mereka kini percaya haiwan-haiwan terbabit terkena renjatan elektrik.

Petani tempatan Sompong Yapakdi, 46, mengaku meletakkan wayar bertenaga elektrik di sekeliling kolam di kampung berkenaan untuk menghentikan gajah-gajah daripada mengakses bekalan air.

“Beliau mendakwa menggunakan wayar untuk mengelilingi kawasan takungan untuk mencegah gajah-gajah daripada terjun ke dalam kolam,” Mejar Naruepanat Nujui dari balai polis Ban Nong Plub memberitahu AFP melalui telefon. – dpa

Gambar yang dipetik dari akhbar Bangkok Post menunjukkan keadaan tiga ekor gajah yang maut akibat terkena kejutan pagar berkuasa elektrik di luar Taman Negara Kaeng Krachan di wilayah Prachuap Khiri Khan.
Gambar yang dipetik dari akhbar Bangkok Post menunjukkan keadaan tiga ekor gajah yang maut akibat terkena kejutan pagar berkuasa elektrik di luar Taman Negara Kaeng Krachan di wilayah Prachuap Khiri Khan.

ARTIKEL YANG SAMA