Petani sekat produk asing

Petani sekat produk asing

STRASBOURG, Perancis, 27 Julai (AFP) – Petani Perancis menyekat jalan raya dari Sepanyol dan Jerman semalam untuk menghalang produk asing daripada memasuki negara, bantahan terbaru terhadap kemerosotan dalam harga makanan yang telah menyebabkan mereka hampir-hampir muflis.

Petani di timur laut rantau Alsace menggunakan traktor untuk menyekat enam jalan dari Jerman dalam usaha untuk menghalang trak yang membawa barangan pertanian daripada menyeberangi Rhine, dalam sekatan yang dijangka berterusan sehingga petang hari ini.

“Kami membenarkan kereta dan segala yang datang dari Perancis melalui,” beritahu Franck Sander, presiden cawangan tempatan kesatuan FDSEA, kepada AFP, menambah lebih daripada satu ribu pekerja pertanian mengambil bahagian dalam sekatan jalan raya.

Satu dozen trak dipaksa berpatah balik di sempadan sejak sekatan bermula pada kira-kira pukul 10:00 malam semalam, menurut seorang pegawai kesatuan.

Sementara itu, kira-kira 100 petani menggeledah berpuluh trak dari Se  panyol di sebatang lebuh raya di barat daya rantau Haute-Garonne, mengugut akan memunggah mana-mana daging atau buah untuk pasaran Perancis.

Petani menggunakan traktor untuk menyekat jalan raya untuk menghalang kemasukan produk asing. – AFP
Petani menggunakan traktor untuk menyekat jalan raya untuk menghalang kemasukan produk asing. – AFP

Mereka menggunakan kira-kira 10 traktor untuk menyekat lebuh raya A645 tidak jauh daripada sempadan Sepanyol, mengakibat kesesakan lalu lintas yang menjangkau empat kilometer, beritahu Guillaume Darrouy, setiausaha agung Petani Muda Haute-Garonne, kepada AFP.

Tindakan itu keluar selepas seminggu yang melihat petani menyekat bandar, jalan raya dan tapak pelancongan di seluruh Perancis dalam bantahan terhadap kemerosotan harga makanan, yang dipersalahkan oleh mereka ke atas persaingan asing, serta pasar raya dan pengedar.

Petani telah membuang baja asli di bandar, menyekat kemasukan jalan raya dan lebuh raya dan menghalang pelancong daripada sampai ke Mont St-Michel di utara Perancis, salah satu tapak yang paling banyak dilawati di negara.

Bimbang dengan lobi pertanian Perancis, kerajaan pada Rabu mengumumkan satu pakej kecemasan bernilai 600 juta euro dalam pelepasan cukai dan jaminan pinjaman, tetapi bantuan berkenaan gagal menghentikan pergolakan.