Petani Vietna...

Petani Vietnam tutup kampung

HANOI, 20 April – Sekumpulan petani Vietnam yang menahan lebih puluhan polis dan pegawai disebabkan pertengkaran tanah berkata hari ini mereka akan melawan sebarang usaha menyelamat oleh pihak berkuasa dan telah menutup kampung mereka.

Kejadian tersebut bermula pada Sabtu di My Duc, daerah sub bandar Hanoi, apabila pihak berkuasa bertempur dengan penduduk kampung yang mendakwa tanah mereka telah dirampas untuk dijual oleh firma telekom milik tentera.

Krisis tersebut merupakan perbuatan ingkar di negara komunis di mana kemarahan terhadap rasuah pegawai dan rampasan tanah meningkat tetapi biasanya menerima respons keras daripada polis.

Penduduk tempatan memberitahu AFP mereka telah menutup kampung mereka dengan sekatan yang dibuat daripada balak, beg pasir dan bata dan telah melarang orang luar daripada masuk.

Mereka juga mengeluarkan ugutan untuk membakar rumah tempat tebusan sedang ditahan sekiranya pihak berkuasa bertindak masuk.

Seorang petani wanita, yang enggan memberikan namanya, berkata penduduk kampung mengambil langkah ‘pencegahan’ lewat semalam selepas mereka menemui tanda-tanda polis mungkin merancang satu percubaan menyelamat.

“Kami mencurah minyak di sekitar rumah komuniti di mana lelaki sedang dikurung. Kami akan bertindak sekiranya polis menyerang kami,” beritahunya kepada AFP. – AFP