Peter Davis dilantik duta Extra Power Root

Peter Davis dilantik duta Extra Power Root

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt – Extra Power Root adalah minuman tenaga terpilih yang membolehkan anda rasa jauh lebih bertenaga kerana ia membekalkan tenaga dan stamina yang berkekalan untuk melakukan senaman ringan, sukan lasak dan lain-lain aktiviti.

Sehubungan itu, Kumpulan Power Root baru-baru ini mengumumkan pelantikan Peter Hugh Davis, ahli seni bela diri, pelakon dan model Malaysia, sebagai Duta Extra Power Root di Monarchy MMA Gym Bangsar, Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataannya, Kumpulan Power Root berkata atlet berdarah kacukan yang serba boleh ini menepati pilihan sebagai Duta Extra Power Root disebabkan gaya hidupnya yang aktif dan kompetitif. Peter Davis sentiasa menunjukkan keyakinan yang positif dalam apa jua bidang yang diceburinya, mesra, dikagumi ramai dan digeruni oleh pihak lawan.

Sebagai pengeluar minuman tenaga yang terkemuka di Malaysia, Kumpulan Power Root berbangga kerana Peter Davis dapat mempromosikan produk Extra Power Root sebagai minuman tenaga yang berkhasiat yang dapat meningkatkan prestasi diri demi mencapai kecemerlangan yang tertinggi.

“Saya minum Extra Power Root sebelum memulakan latihan kerana saya memerlukan tenaga yang diberikan untuk melalui latihan yang lasak dan ketika bertanding dalam acara Seni Bela Diri. Vitamin yang terkandung di dalam Extra Power Root membantu prestasi saya berada di kemuncak dan Tongkat Ali memberi kelebihan tambahan supaya saya dapat berlatih untuk masa yang lebih lama,” kata Peter Davis yang akan menyertai One Championship pada 9 Oktober, bermula jam 7 malam di Stadium Putra Bukit Jalil sebagai salah saru daripada pengacara.

Peter Hugh Davis (kanan) tatkala secara simboliknya menerima pengiktirafan sebagai Duta Extra Power Root di majlis yang berlangsung di Monarchy MMA Gym Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Peter Hugh Davis (kanan) tatkala secara simboliknya menerima pengiktirafan sebagai Duta Extra Power Root di majlis yang berlangsung di Monarchy MMA Gym Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, “Saya mempunyai kehidupan harian yang sibuk selain dari menjalani latihan dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk berehat. Extra Power Root membantu saya mengatasi situasi di kala merasa lemah supaya dapat berada di dalam prestasi terbaik dan menambah daya tenaga untuk menguasai kehidupan harian saya”.

Selain itu, Kumpulan Power Root mengumumkan bahawa minuman tenaga Extra Power Root juga merupakan minuman rasmi pertandingan seni bela diri One Championship yang dianjurkan oleh ONE Championship. Kumpulan Power Root juga mengumumkan bahawa minuman tenaga Extra Power Root akan menaja pertandingan seni bela diri Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) anjuran Tune Talk sebagai minuman rasmi.

Extra Power Root adalah minuman tenaga yang berbeza daripada yang lain. Ia mengandungi Vitamin B6, Vitamin B12, Taurinadan juga diperkaya dengan khasiat dari Eurycoma Longifolia atau lebih dikenali sebagai Tongkat Ali. Minuman tenaga Extra Power Root ini akan membantu meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan, daya ketahanan tubuh serta mengurangkan keletihan mental.

Extra Power Root terdapat dalam 4 perisa iaitu Extra Power Root Madu dan Tongkat Ali, Extra Power Root Madu dan Tongkat Ali (Berkarbonat), Extra Power Root Ginseng dan Tongkat Ali, dan Extra Power Root Kurma Madu dan Tongkat Ali. Extra Power Root menggunakan taurina sintetik untuk mencapai tahap kualiti tertinggi dan mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

ARTIKEL YANG SAMA