Peterhansel, Price juara rali Dakar

Peterhansel, Price juara rali Dakar

RIO CUARTO, Argentina, 17 Jan – Legenda Rali Dakar daripada Perancis, Stephane Peterhansel merangkul kejuaraan ke-12 peribadinya semalam manakala Toby Price menjadi penunggang motosikal Australia pertama meraih kejuaraan rali itu.

Peterhansel mudah merangkul kejuaraan itu selepas menamatkan perlumbaan peringkat ke-13 di Argentina sekali gus membolehkan Peugeot meraih gelaran pertama mereka sejak 1990.

Price pula yang sekadar meraih tempat ketiga pada penampilan pertamanya tahun lalu, menguasai perlumbaan yang berlangsung selama dua minggu itu selepas mencatat kemenangan pada peringkat kedua.

Penunggang daripada New South Wales itu menamatkan pusingan di tempat keempat untuk mengesahkan kedudukannya selaku juara dan memberikan pasukan KTM mencatat kejuaraan lima belas kali berturut-turut. – AFP

Peterhansel bersama rakannya bergambar bersama jentera Peugeot mereka. - Reuters
Peterhansel bersama rakannya bergambar bersama jentera Peugeot mereka. – Reuters