Peti surat di Pejabat Pos KB

Peti surat di Pejabat Pos KB

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Peti surat di Pejabat Pos Kuala Belait akan mula beroperasi di bangunan baru Pejabat Pos Kuala Belait di Simpang No. 7, Jalan Dipa Negara, Kampung Mumong, Kuala Belait mulai esok (2 November).

Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Perhubungan dalam satu kenyataan hari ini berkata, sehubungan itu semua penyewa peti surat di Pejabat Pos Kuala Belait bolehlah mengambil surat masing-masing di peti surat mereka esok.

ARTIKEL YANG SAMA