Petir ragut 34 jiwa di India

Petir ragut 34 jiwa di India

NEW DELHI, 7 Sept – Sekitar 34 orang terkorban akibat disambar petir semalam semasa ribut monsun di seluruh tenggara India.

Seramai 22 mangsa dari negeri Andhra Pradesh “kebanyakannya adalah para petani atau orang gelandangan,” menurut pegawai pengurusan bencana, Hymavathi Katta dari Hyderabad hari ini.

Sekitar 12 lagi terbunuh di negeri kejiranan Orissa, kata pegawai bencana negeri, Subhashri Sahu.

Dua pasukan kriket peringkat kebangsaan wanita terselamat daripada disambar petir ketika mengadakan latihan di stadium di Andhra Pradesh, mencetuskan perlawanan itu terus dibatalkan.

“Ia adalah satu keajaiban ke atas pemain kami serta kakitangan kami yang sempat menyelamatkan diri daripada disambar petir,” kata pegawai kriket, Seethapathi memberitahu akhbar Times of India.

Ribut petir sering meragut ramai jiwa semasa musim hujan India bermula Jun hingga September.

ARTIKEL YANG SAMA