Petr Cech cipta rekod baru

Petr Cech cipta rekod baru

LONDON, 29 Dis – Selepas membenarkan beberapa bola masuk ketika perlawanan 4-0 di Southampton dua hari lepas, penjaga gol Arsenal Petr Cech kini meraikan satu rekod tanpa bolos yang ke-170 kelmarin dalam saingan Liga Perdana.

Penjaga gol warga Czech Republic itu mengatasi rekod tanpa bolos 169 yang dicatat oleh bekas pemain antarabangsa England David James apabila Arsenal menang 2-0 ke atas Bournemouth untuk naik ke persada liga. Cech, 33, menyertai kelab itu ketika musim lepas dari kelab Chelsea dan prestasinya telah membantu skuad Arsene Wenger hingga naik ke tangga teratas liga.

“Saya fikir dia boleh berasa bangga akan itu kerana ia merupakan pencapaian yang luar biasa dan orang ramai sekali lagi tidak sedar akan komitmen, konsistensi dan pemfokusan yang telah disumbangkannya,” Wenger memberitahu para pemberita. “Tambahan pula dia merupakan penjaga gol yang sangat berbakat. Konsistensi adalah sangat sukar untuk dicapai.”

Wenger juga memuji akan sumbangan yang diberikan oleh pemain midfield Mesut Ozil, menggambarkannya seperti bekas bintang Arsenal Dennis Bergkamp.

Ozil membantu mencipta gol buat Gabriel dan menjaringkan yang kedua, meneruskan musim yang menakjubkan di mana dia boleh mencipta rekod bagi bilangan assist.

Dia telah menyumbang sebanyak 16 gol dan mendekati rekod 20 yang dicipta oleh bekas penyerang Arsenal Thierry Henry pada 2002-03.

“Bergkamp lebih kepada penjaring gol dan Mesut pula lebih kepada assist namun sekarang dia menjadi lebih kepada penjaring gol. Mereka adalah sebanding,” kata Wenger.

“Saya telah melihat beberapa permainan yang baik daripada Ozil, namun apa yang penting ialah dia meyakinkan semua orang bahawa dia bukan sahaja pemain yang berbakat tapi seorang pemain yang sering bersedia untuk membantu pasukan dan bekerja keras.

“Dia telah menambah keupayaan menjaringkan gol selain assist dan secara keseluruhan dia pemain yang lengkap.” Walaupun Arsenal kini berada di persada liga namun Leicester City boleh kembali merampas kedudukan itu jika dapat mengalahkan Manchester City di Stadium King Power hari ini. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA