Petr Cech langgar tiang

Petr Cech langgar tiang

LONDON, 15 Ogos – Hari buat penjaga gol Arsenal, Petr Cech dari teruk menjadi bertambah teruk apabila dia melepaskan empat biji gol ke gawangnya dalam kekalahan 4-3 ke atas Liverpool sebelum keretanya melanggar sebatang tiang.

Bekas pemain kebangsaan Republik Czech, 34, ditewaskan empat kali di Stadium Emirates apabila skuad Jurgen Klopp kembali dari belakang untuk menewaskan Arsenal dalam perlawanan pembukaan pasukan masing-masing dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Apabila dia meninggalkan stadium selepas perlawanan itu, Cech memandu keretanya menuju sebatang tiang pada letak kereta Arsenal.

Gambar-gambar yang disebarkan melalui media sosial menunjukkan lekukan besar pada depan keretanya, sementara dia berdiri di sebelahnya. Bagaimanapun laporan mengatakan tiada yang cedera dalam insiden itu. – AFP

Kereta Petr Cech kelihatan lekuk di bahagian tepi akibat kemalangan itu.
Kereta Petr Cech kelihatan lekuk di bahagian tepi akibat kemalangan itu.

ARTIKEL YANG SAMA