Petra singkir rakan senegara

Petra singkir rakan senegara

SINGAPURA,29 Okt (AFP) – Petra Kvitova menunjukkan pintu keluar buat rakan senegara Lucie Safarova pada Pusingan Akhir WTA selepas menang 7-5, 7-5, semalam.

Juara Wimbledon dua kali yang juga pemain nombor lima dunia, Petra, 25, melebarkan rekod kemenangan 8-0 ke atas Lucie tidak kira sama ada di gelanggang keras, rumput atau tanah liat.

“Saya gembira kerana dapat bermain dan menang walaupun saya tewas perlawanan pertama saya di sini,” kata Petra yang ditewaskan pemain Jerman Angelique Kerber, Isnin lalu.

Lucie kini terpaksa berharap Garbine Muguruza dapat menewaskan Angelique dalam saingan Kumpulan Putih untuk terus menghidupkan peluang pada kejohanan penutup musim itu.

Pemain nombor sembilan dunia itu dilihat hampir mengheret perlawanan ke set penentuan selepas mendahului 3-0 di set kedua tetapi dia terpaksa menyerah kalah apabila sering melakukan servis lemah.

“Sudah tentu ia perlawanan sukar. Saya tahu Lucie tidak berapa sihat sejak minggu lalu dan saya gembira dia layak beraksi pada kejohanan ini,” kata Petra.

“Memang seronok apabila ada dua wakil Czech pada Pusingan Akhir WTA.”