Petron lihat potensi besar dalam perniagaan pelincir

Petron lihat potensi besar dalam perniagaan pelincir

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) – Petron Corporation melihat potensi yang besar dalam perniagaan minyak pelincir di Malaysia.

Petron Corporation ialah syarikat penapisan dan pemasaran minyak terbesar Filipina.

Ketua Perniagaan Komersialnya Choong Kum Choy berkata perniagaan pelincir Petron bermula dengan baik dan mencatat keuntungan pada tahun pertama operasinya di Malaysia pada 2012.

“Malah, perniagaan pelincir kami berkembang lapan peratus pada sembilan bulan pertama tahun lepas berbanding tempoh yang sama pada 2014,“katanya kepada Bernama semasa lawatan beliau ke ibu pejabat agensi berita nasional itu di sini baru-baru ini.

Mengakui pentingnya penerimaan dan membiasakan jenama, beliau berkata Petron mempunyai kelebihan daya saing berdasarkan rangkaian besar stesen servisnya yang ketara dan meyakinkan.

“Penerimaan dan kebiasaan jenama merupakan asas kejayaan yang boleh dicapai dalam pasaran ini,”katanya.

Choong berkata bagi meningkatkan penerimaan pasaran, syarikat itu menawarkan perkhidmatan sokongan teknikal yang cekap, yang mampu memberikan nasihat pakar dan sokongan bagi kebanyakan aplikasi.