Petronas, Alltrucks kerjasama buat bengkel kenderaan komersil

Petronas, Alltrucks kerjasama buat bengkel kenderaan komersil

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Petronas Lubricants International (PLI) akan bekerjasama dengan Alltruck plc, sebuah syarikat perkhidmatan pengangkutan dari United Kingdom, bagi memperkenalkan bengkel berjenama yang pertama untuk kenderaan komersil.

Katanya, bengkel yang memakai jenama Petronas ini berpegang kepada saranan nilai pelanggan syarikat itu dan telah bersedia untuk membentuk rangkaian yang terdiri daripada 3,500 bengkel jenama itu yang akan ditubuhkan di seluruh Eropah dalam tempoh lima tahun.

Ketua Wilayah PLI bagi Eeropah, Alessandro Orsini berkata gabungan dengan Petronas yang dikenali sebagai peneraju dalam teknologi minyak pelincir akan membolehkan bengkel swasta seperti Alltruck plc mendapat manfaat daripada pengiktirafan jenama yang lebih kukuh.

“Kami mahu memberikan nilai yang lebih ketara melalui penyelesaian inovatif yang direka untuk mempertingkatkan dan menyokong perniagaan bengkel tersebut serta menyediakan perkhidmatan khusus yang memenuhi keperluan perniagaan bengkel dan aspirasi pertumbuhannya,” katanya dalam satu kenyataan. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA