Petronas ambil langkah proaktif teruskan projek LNG Kanada

Petronas ambil langkah proaktif teruskan projek LNG Kanada

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) – Petronas, melalui anak syarikatnya, Pacific NorthWest LNG (PNW LNG), mengambil langkah proaktif bagi meneruskan projek Gas Asli Cecair (LNG) Kanada dengan keputusan pelaburan akhir.

Proses penilaian kesan alam sekitar Kanada bagi projek PNW LNG masih dilakukan, menurut Petronas bagi mengulas laporan media baru-baru ini berhubung status projek berkenaan.

Laporan akhir akan disediakan oleh agensi berkaitan serta diserahkan kepada kerajaan Kanada untuk kelulusan, menurut Petronas dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut syarikat minyak negara itu juga, pihaknya akan mengkaji semula laporan akhir tersebut bersama-sama pemegang saham projek serta menilai syarat-syarat disertakan laporan itu untuk mengenal pasti dengan lebih mendalam kesan ke atas struktur kos dan jadual projek.

“Keputusannya, yang dikaji bersama-sama unjuran pasaran LNG dan pengkomersialan projek keseluruhan, akan digunakan untuk menyediakan kertas cadangan bagi keputusan pelaburan yang akan dipertimbangkan oleh pemegang saham PNW LNG,” menurut kenyataan itu.

ARTIKEL YANG SAMA